Saturday 22 July 2017

Tinggalkan komen jap.

Assalamualaikum,

boleh tinggalkan komen tak..siapa yang view blog aril ni?Saja nak tahu..
Beratus-ratus bila Aril tengok..😀

Saturday 20 May 2017

Ramadhan tiba! :)

Assalamualaikum..
Hi syg2 semua.. Sihat tak?

Fuhhh..Fuhhh..
Debar-ii tahun ni nak sambut ramadan ,bulan mulia.Oleh itu,sebelum ramadan tiba.Aril nak minta maaf yang mana ada Aril buat salah tu. Semoga sempat kita semua merasai ramadan tahun ini , Aminnn..


Sunday 30 April 2017

Pilihkan tempat bercuti yang bagus.

Assalamualaikum wb,
Hai sayang-ii semua.

Tak sabar rasanya nak menyambut bulan ramadan yang tinggal menghitung hari saja lagi..hehe.
Hope sangat tahun ni tak berduka macam selalu. Walau hidup dalam keadaan sederhana,itu lebih baik. Disamping ditemani adik-ii yang comel dan nenek . Masa ramadan nanti cuti,bolehlah pergi bercuti buat kali pertamanya .Selalunya kalau ramadan mesti balik rumah nenek. Akhirnya, bersedih. So, tak nak sedih-ii macam selalu lagi. Nanti nak bercuti tenangkan fikiran.😅😀

Baru nak pilih-pilih nak pergi mana. Memandangkan cuti seminggu lebih masa tu.Hehe..

1.Tanah Aina,Farouq ,Pahang

2.Kundasang,Sabah.

3.Pineng

4.Bali,Indonesia

5.Gunung Angsi




Korang ada cadangan yang lebih baik tak ,tempat yang best2?

Friday 28 April 2017

Teater Beku

Assalamualaikum wb
Hi..sayang-ii semua..
Buat apa tu?dah makan?ke belum bangun lagi ni..aishh dah pagi kan,macam mana rezeki nak masuk..

Orait,malam tadi ,Aril baru lepas buat show teater.Memang mula seram sejuk.Macam nak luluh jantung. Bukan apa, takut mengecewakan rakan-rakan dan penonton je..huhu..
But,Alhamdulillah.Grateful to Allah. Allah ease everything.

So,these morning  Aril story sikit tentang malam teater tersebut.
Teater yang dipilih berdasarkan 3 tema iaitu Kebencian,Kasih Sayang,Kehilangan.So,kami masukkan ketiga-tiga tema tersebut menjadi satu cerita..Pelikkan bunyinya?  ke aku sorang je rasa..huhu..

Tajuk teater kami, '' Beku  ''

        Aril selaku watak utama  memegang watak sebagai Asyraf .Asyraf merupakan seorang remaja yang sangat jahil dalam Agama. Dia menyimpan perasaan kepada seorang gadis jelita di kolejnya.Sehinggakan sampai satu tahap  si Asyraf hampir-hampir ingin merogol  seorang gadis yang sangat alim (Aina) .Namun, niat tersebut  diketepikan disebabkan sesuatu kejadian  yang melahirkan keinsafan dalam dirinya.Abang Aina (Taufik) belajar di satu kolej yang sama dengan Asyraf mengetahui   tentang hal tersebut dan meminta agar Asyraf berkahwin dengan Aina.

        Aina pada mulanya menolak kerana  tiada apa-apa pun yang berlaku  diantara mereka. Namun atas desakan Taufik ,Aina menerimanya.  Namun, apabila Asyraf  berjumpa dengan  ayah Aina (Ustaz Hafiz) , ayah Aina menolak. Asyraf begitu jahil dalam agama. Bacaan dalam solat pun tak dapat go. Huhu.Namun,selepas Taufik memberitahu kepada ayahnya.Ayahnya menerima tetapi sebelum itu,dia perlu belajar soal agama sebelum berkahwin dengan anaknya.

        Pada suatu hari, Andid kawan kepada Asyraf   mengajak  Asyraf  mengikutinya disuatu tempat yang dia belajar agama. Asyraf mengikutinya sahaja pada mulanya. Namun,Asyraf berasa ada yang  pelik ditempat belajar agama tersebut. Rupa-rupanya, akhirnya dia mengetahui bahawa tempat tersebut merupakan ajaran sesat.Nasib,dia mengetahui lebih awal.

        Asyraf pasrah kalau dia tidak pandai agama,tetapi dia tak lah jahil sehingga  tidak mengenal ajaran sesat. Akhirnya, Asyraf berguru dengan seorang Ustaz Azrul. Apabila, Asyraf sudah mengenal agama ,dia mendapat tahu bahawa Aina sudah pun berkahwin dengan Azmarul .Azmarul telah pun meminang Aina ketika Asyraf belajar agama.

      Asyraf  mulanya terkilan dan hampir melupakan Allah semula .Jahil yang dulu hampir menguasai dirinya. Pada saat akhir, dia sedar '' belajar agama bukan disebabkan manusia tetapi kerana Allah.''
 Ustaz Azrul  telah menjodohkan Asyraf dengan anaknya, Amirah.


Tamat.

Maaflah,jika korang tak faham apa yang Aril ceritakan tu.Namun begitu,terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan teater tersebut..Muah2x hahaha


     

Monday 24 April 2017

Zaman Kecil Aril 1

Asalamualaikum semuanya...bertemu lagi buat pembaca..hehe

Okay, Aril  now ada dekat kampung..Cuti sampai lusa ni..sedihkan lusa je..You?? nantah cuti pon tak,lagi kesian hihihi..

           Teringat kembali kisah beberapa tahun yang dulu.Zaman kecil adalah paling bahagiakan.Mesti korang berfikir sebegitu juga kan...
Perkenalkan,dulu Aril duduk dekat Kedah , tak lama pun.Masa tu umur 4 ke 5 tahun.Tak ingat lak hehe.. Aril ada seorang kawan sebaya Aril.Kawan Aril tu cina dan dia perempuan..amoi tu seingat Aril dia ada satu basikal.Masa tu, siapa yang ada basikal kira anak orang kaya dah.. Aril hidup memang susah ..okay kang lari tajuk lak..haha back to topic..

Nama kawan Aril tu Siew apa entah lagi..terbelit lidah..Kadang terpanggil Sweiii ..jahatkan aku.. Masa tu aku kecik lagi hahaha..

Aril pinjamlah basikal dia.Time tu buat willy depan dia.Acah rempit la Pergh kesudahnya boleh masuk dalam sungai...haha ..Habis basikal kawan Aril tu penuh dengan lumpur.Handle dia pula patah..Dahsyat sungguh..keh2..

 Balik rumah, kena rotan dengan Ayah ril...hehe..Biasalah orang dulu memang relax je kena rotan.Budak zaman sekarang,kalau usik sikit pon dah kena masuk penjara mak abah eahhh..
Aril seminggu juga lah malas nak keluar rumah dah,tapi ada juga sebenarnya.Gila kau tak keluar.. Panjat pokok rambutan jiran..Kesudah kena kejorrr.. Alohlohloh..patutnya Aril kan budak lagi,bagi jelah free rambutan tu..hehe..

Bila teringat balik ,semua tu adalah kenangan manis.. Now ,Aril pun tak tahu Siew duduk mana .
Harap  dia tak terasa hatilah,masa Aril pindah dulu.Tak bagitahu dia pun.Bukan apa, Aril ni pemalu sikit dengan aweks ni..Acah2 ..haha

Sunday 23 April 2017

Giveaway By M.ARAZ

Assalamualaikum wb.Hi.

Sempena  Aril buat blog baru ni,sajalah disini nak buat Giveaway.Hadiah tak seberapa pun.
Namun begitu,jemputlah join semuaaaaa yaa...Hehe..




Syarat-syaratnya:

1.Follow blog ini
2.Letakkan banner dan linkkan ke entry ini dan
3.buat satu entry tentang ''Apa yang Kamu Fikir   pertama kalinya melihat blog Aril?''
4.Letakkan URL beserta email korang di komen dibawah..


Dijemput untuk semua join GA ni.. 😍😵

Come Back

Assalamualaikum..
Yuhuuuuuu..
Maaflah sayang-ii semua.Busy sikit sehingga tak da masa nak buka blog. Alhamdulillah,pageview naik.Ada juga yang sudi nak berkunjung ke blog yang tak seberapa ni..

Anyway,Aril dah malas nak letak gambar macam dulu-dulu...Kalau ada yang mengikuti perkembangan blog Aril sebelum ni.Korang akan tahu kisah awek-ii bergaduh sebabkan Aril kan.. So,Aril lebih suka bercerita saja. Lagipun blog lama banyak kisah yang menyakitkan dan menyedihkan.Dulu , Aril tubuhkan blog sebab dia tetapi kini Aril bangun semula sebab diri Aril. Nobody  want me to come back.

Nanti Aril sambung cerita tentang cerita ber bab...bab..bab.. Aril tu ye.. Enjoy your lifeee!!!

😍😍😍😍😍😍😍😍

seee yarhhhh

Saturday 18 February 2017

Bab 3:Dusun Arwana

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.


''Ada kelibat manusia lah''
Ada orang,mudahan manusia sebenar.Aku dah penat melihat benda bukan-bukan.

''Assalamualaikum,dik'' salamku sebagai pembuka bicara.Aku lihat seorang gadis sedang memegang pakaian yang sudah dibasuh didalam baldi. Dia tidak menjawab salamku terus .Malah,muka dia berubah menjadi ketakutan melihat aku.  

''Wa wa alaikumusalam''jawabnya gagap.

''Tumpang tanya, saya ada kat mana eah ni? saya sedang bercakap dengan manusia ke ni? adik tahu tak jalan yang dekat nak pergi ke Kuala Lumpur? '' Soal ku bertubi-tubi pada gadis tersebut.

Mukanya kehairanan melihat aku.
Dia hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

''Dik,tolonglah jawab.Saya dah lama rindukan rumah dan keluarga saya.Saya kat mana ni?''

''Tempat ni namanya  Beri,Dusun Arwana.Saya tak pernah dengar  perkataan Kuala Lumpur.''

''Hahhhh? tempat apa ni.''

Gadis itu segera berlalu dari situ.Barangkali aneh melihat aku.Tapi aku sangat yakin bahawa dia adalah manusia.Aku segera mengekorinya dari belakang.Mana lah tahu, ada yang boleh aku minta tolong.

Aku melihat sebuah kampung yang sedang melakukan aktiviti hariannya.Ada yang sedang mengemas-ngemas kedai makannya ,ada yang sedang  membuat pertunjukkan dan macam-macam lagi.Namun,yang anehnya semua baju penduduk disitu sama.Cuma 3 atau 4 orang saja berlainan.Ada seseorang yang perasan kehadiran aku. Dia  membisikkan sesuatu kepada rakan sebelahnya dan mendatangi aku .

Bersambung...

Friday 17 February 2017

Seronok ke law?baca sampai habis.

Assalamualaikum.Hi semua.

Apa perspektif yang boleh kamu fikir ,pertama sekali yang kamu terfikir bila aku sebut ''kos law''?

Pasti ada yang cakap .

''Eleh, bosan hidup law ni''
''Best tu ,duit banyak''

Cukuplah aku senaraikan satu contoh negatif dan positif.

Memang aku akui, kehidupan law pasti bosan.Mana tidaknya,mereka tidak boleh bergaul sesuka hati dengan orang luar.Risiko, untuk membela orang yang sememangnya bersalah  juga amat besar.Tanggung diakhirat la nanti kan? Moga menegakkan kebenaran terhadap orang yang  memang tidak bersalah.

Nak jadi peguam bukanlah semudah yang disangka.
Kau kena tahan fizikal dan mental.Psykologi kena power.

Kau pasti akan rasa menangis dan menyesal.Bila tak mampu go dengan law,
''Kenapa aku ambil kos ni dulu!''
''Kenapa susah sangat''
''Boleh jadi gila macam ni''

Contoh saja atas tu..

Jangan menyesal.Kau dah berpijak pun sebagai kos law. Minat kau untuk menjadi law.Sebab tu penting,jumpa kaunselor tanya personaliti kau yang sesuai untuk pekerjaan kau .Dah ambil law tu..Go Forward je lah..
Kalau rasa memang amat tidak mampu..
Tukar aliran lain..lari sikit dari kos.
Sebab ,nanti kau yang akan   kerja .Mula la nanti, cuti 360 hari,pergi kerja 2 hari je.Selebihnya mereput.Masa hadapan kau ,kau perlu corakkan. Kalau rasa tak mampu.change your cost.Many cost u can go but one think you need know.

'TAK KISAHLAH KAU AMBIL KOS APA SEKALIPUN ,KALAU  TIADA ATTITUDE, MOHON BERHENTI BELAJAR!JANGAN BAZIR DUIT''

Understand what i try  to explained?

Bukan bertujuan untuk menakutkan,tetapi cukup untuk mengejutkan agar bangun dari tidur,

Bab 2: Rumah Kosong

Assalamualaikum wb
Salam sejahtera.

Sambungan nukilan  bab 1:Siapa diriku.

  Aku bangun dari tidur.
''Eh,aku berada dirumah rupanya.Tapi tunggu dulu... ''
''Rumah siapa pula ni?''

Aku berbicara sendirian.Aku melihat seluruh ruang didalam rumah itu.Kosong.
Aku sebagai lelaki tidak akan mudah tewas dalam permainan ini.
Semalam dipulau,hari ini dirumah kosong pula.
Sejak  2 ,3 hari ini,hidup aku diselubungi misteri yang tidak dapat aku fahami. Aku hanya melayani sahaja dimana dan apa yang akan berlaku.

Ah itu apa pula yang sedang perhatikan aku tu. Aku terdengar dia mengiau-ngiau.
''Oh kucing rupanya.''
Kucing itu bukanlah seperti kucing yang biasa.Kucing tersebut dihiasi dengan permata yang bersinar-sinar.

Aku memegang kucing tersebut dan mendukungnya. Barangkali,kucing ini boleh jadi peneman aku.Lagi pula,aku sunyi keseorangan.Tiada satu manusia yang benar-benar manusia pun yang aku jumpa beberapa hari ini.Tiba-tiba kucing tersebut bertukar menjadi seekor binatang buas.Binatang yang tidak dikenali.Nak kata harimau bukan,nak kata ular bukan, nak kata khinzir pun bukan.

Aku berlari sekuat hati aku.

Namun semuanya kosong. Putih.Tidak ada jalan satu pun yang boleh aku lewati.Aku melihat binatang aneh itu sudah tidak  mengejar aku lagi.
Aku berhenti kepenatan.

Rumah yang aku lihat kosong itu bertukar menjadi sebuah tembok yang cantik. Aku lihat tulisannya.

''Tulisan apa pula ni.Berselirat''

Bersambung...



Bab 1: Siapa diriku

Assalamualaikum wb
Hasil nukilan dari diri yang bernama Muhammad Aril Azriq. Jom baca.

              Malam  yang hening lagikan angin menyentuh tubuhku.Sejuk kedinginan.Ku lihat kiri,ku lihat kanan . Tiada sesiapa.Aku sendiri di tengah pulau tanpa berteman . Bunyi burung gagak yang begitu mengerikan seakan menanti mangsa disulam siang. Aku hanya duduk terkaku dan terpaku. Menanti siag yang tak kunjung datang.

''Ah,mana semua orang? '' aku bicara sendiri .

Aku lihat lagi,jauh disudut balik pohon yang rendang seakan ada yang sedang memerhati diri aku. Bayang itu bergerak dan semakin menghampiri diri aku. Bulu roma ku tiba-tiba meremang. Bayang itu semakin dekat dan hampir dekat. Aku memejamkan mata, lalu ku buka kembali.

''Ah sudah siapa pula orang tua yang berada dihadapan aku ini. ''

Ya benar,seorang nenek tua yang bongkok dan berjalan menggunakan tongkat rupanya. Patutlah,jalan lambat saja.

''Nek, saya nak tanya.Saya dimana? Mengapa saya sendirian?dimana semua orang? ''

''Shhhhhhhhhhhhh'' nenek itu hanya berdesis lalu tersenyum.

Aku kembali menjadi seram sejuk. Aku memalingkan kearah lain dan ku paling semula dihadapan.

''Eh,mana pula si nenek tadi.Hilang?Hantu ke!''

Aku berjalan kearah disebuah pondok yang aku sendiri buat dengan menggunakan pelepah dan kayu yang berhampiran.Aku terlihat pula 3 orang anak gadis yang cantik bagaikan ratu model yang cantik .Ku lihat, mereka  sedang berlari-lari  di tepi pantai. Barangkali bermain kejar-kejar. Aku sudah lali melihat ini semua.Rasanya,aku sudah penat dan lelah.Seharian tanpa makanan .Hanya berbekalkan minuman yang hampir kehabisan.Aku lelah.Aku sudah tidak tahan.

Aku tertidur .

Bersambung..

Bab2:Rumah Kosong

Tinggalkan komen jap.

Assalamualaikum, boleh tinggalkan komen tak..siapa yang view blog aril ni?Saja nak tahu.. Beratus-ratus bila Aril tengok..😀